GOGREENMATRIX | DAPAT KERETA TINGKAP BERBALUT PLASTIK

“Tuan Wahi, ada kereta tak untuk disewa? Saya dapat nombor tuan dari kawan yang pernah sewa”, bunyi sms yang baru sampai kat telefon bimbit. Tengok email pelanggan tersebut bukan calang-calang juga. Staff syarikat korporat. Setelah tempahan diselesaikan, tunggu masa penghantaran kenderaan kepada pelanggan tersebut sahaja lagi.

Tiba hari penghantaran seperti yang tertera dalam tempahan, dilihat pelanggan membawa banyak barang yang bukan seperti beg pakaian biasa. Tangan di sebelahnya memegang safety helmet berwarna putih. Kawan-kawannya yang seramai tiga orang yang lain pun memegang safety helmet berwarna kuning.

Cerita punya cerita sambil isi borang sewa, Tuan Taufiq (bukan nama sebenar) buka mulut. Sebelum ni mereka sudah menyewa dengan sebuah syarikat yang lain. Bila ditanya, kenapa nak tukar kepada Green Matrix? Ini jawapan beliau. “Kami dapat kereta yang keadaannya tak memuaskan. Screen belakang pecah tapi dibalut plastik sahaja. Kami banyak bawa equipment berharga ratusan ribu kot. Takut barang hilang ketika disimpan di dalam kereta semasa kat site atau mana-mana kami singgah. Aircond pun tak berfungsi. Tingkap depan tak boleh diturunkan. Satu lagi sewa berdasarkan harga harian. Macam kami, kami tak tahu bila kerja akan habis. So bila extent, extent based on harga harian. Matilah nak sewa berbulan-bulan sambung pakai rate harian.”

Di GoGreenMatrix, kami menjamin kereta yang disediakan berada di dalam keadaan yang tip top, bersih dan selamat. Kami memahami para pelanggan kami perlukan keselamatan untuk barang-barang peribadi mereka seperti laptop dan macam-macam peralatan yang berharga. Kami juga memahami kos yang ditanggung oleh syarikat korporat bila ada kerja-kerja belum siap yang memerlukan untuk extent sewa. Kami boleh bantu syarikat korporat mengurangkan kos sewa harian dengan flat rate yang berpatutan.

Tempah awal di www.gogreenmatrix.com. Bagi syarikat korporat, boleh hubungi kami melalui email enquiry@gogreenmatrix.com

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *