GOGREENMATRIX | NAK BAGI ORANG MATI KATAK KE?

Throwback beberapa tahun yang lalu..

Tuan Abdullah (Bukan nama sebenar) dah bertahun-tahun merantau demi kerjaya. Tak lama lagi beliau sekeluarga akan pulang ke kampung halaman sempena hari raya Aildilfitri. Dah bertahun beliau bekerja di Qatar, baru tahun ini berkesempatan pulang ke kampung halaman.

Tuan Abdullah terlupa bahawa di Malaysia sudah tidak mempunyai kenderaan peribadi lagi setelah dijual sebelum berhijrah ke Qatar. 3 hari sebelum sampai ke Malaysia baru beliau tersedar. Beliau cuba mencari kereta sewa di persekitaran negeri kelahiran beliau. Semua kereta sudah habis licin ditempah lebih awal katanya. Beliau juga membuat tempahan dengan Green Matrix tetapi malangnya Green Matrix juga sudah fully booked.

Atas belas kasihan, Green Matrix cuba usahakan cari kereta untuk membantu Tuan Abdullah mendapatkan kenderaan untuk kegunaan di hari raya melawat sanak saudara. Akhirnya terdapat satu yang memenuhi spesifikasi Tuan Abdullah sekeluarga, tetapi kereta tersebut milik supplier luar bukan Green Matrix. Oleh kerana perbezaan standard polisi, supplier luar tersebut meminta Green Matrix membayar full terlebih dahulu sebelum kereta dihantar kepada pelanggan. Maka pembayaran pun dibuat.

Alangkah mengecewakan, bila kereta diterima dari supplier, Team Green Matrix mendapati kereta tersebut telah tamat tempoh insuran dan roadtax. Gila ke apa? Kalau apa-apa terjadi kepada pelanggan, tidakkah ada rasa bersalah? Atas rasa tanggungjawab, Team Green Matrix mengambil inisiatif untuk mencari kereta yang lain dengan secepat mungkin. Walaupun Green Matrix kerugian telah membayar dua kenderaan kepada supplier yang berbeza untuk satu tempahan, Green Matrix tidak akan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Betapa pentingnya kejujuran dalam bisnes. Buat supplier tersebut, itulah pertama dan terakhir untuk kita berurusan.

Di GoGreenMatrix, kami menjamin kereta yang disediakan berada di dalam keadaan yang tip top, bersih dan selamat. Keutamaan anda adalah keutamaan kami.

Tempah awal di www.gogreenmatrix.com. Bantu kami untuk bantu anda menyediakan keperluan anda lebih awal supaya semuanya berjalan lancar.

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix

#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

Buat tempahan di www.gogreenmatrix.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *