PERLUKAH JADI FOUNDER BARU AKAN KAYA?

KISAH KAT COLE

Kat Cole dilahirkan pada 18 Mac 1978 di Florida, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pada usianya 9 tahun, ibunya telah bercerai dengan bapanya yang ada masalah ketagihan alkohol.

Selepas ibunya bercerai mereka hilang mata pencarian. Ibunya terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka 4 beranak. Bagi meringankan beban ibunya, beliau terpaksa bekerja sebagai tukang cuci dan jurujual pakaian di pasaraya selepas habis kelas.

Ketika beliau berumur 17 tahun beliau mula bekerja dengan sebuah restoran bernama Hooters. Beliau cuba belajar sebanyak mungkin bagaimana menguruskan sebuah restoran. Pada usianya 19 tahun beliau sudah boleh menguruskan sebuah restoran. Pemilik Hooters nampak potensinya dan memberi kepercayaan kepadanya untuk membantu Hooters mengembangkan perniagaan ke luar negara.

Hasil usahanya beliau telah membantu Hooters berkembang dari 100 restoran dengan pendapatan USD300 juta ke 500 restoran dengan pendapatan USD1 billion ke 33 buah negara. Pada usianya 26 tahun, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden untuk syarikat Hooters.

Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai Presiden untuk jenama Cinnabon. Dalam masa 3 tahun beliau telah membantu Cinnabon menjana pendapatan lebih USD 1 billion setahun. Pada tahun 2015 beliau dilantik menjadi Presiden Kumpulan Focus Brand yang juga memiliki jenama Cinnabon, Moe’s dan Auntie Anne’s.

Pada usianya 40 tahun beliau dilaporkan mempunyai kekayaan lebih USD100 juta. Kini beliau banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikan. Moralnya di sini bila korang dah pandai dalam satu-satu company, tak semestinya korang pergi buat company sama.

Agak-agak kalau Kat Cole ni buka restoran masa dia rasa dah pandai urus restoran, apa jadi pada dia masa ni? Saya tengok licensee Green Matrix yang rasa dah pandai buat bisnes kereta sewa dan buat brand sendiri majoriti dah jadi MOST WANTED. Mereka jadi macam tu sebab bila ada masalah, mereka lepas tangan dan melarikan diri. Buat bisnes sebenarnya bukan mengejar keuntungan semata-mata. Fokus membantu memudahkan hidup orang lain, baru berniaga berkat.

Apa yang kita boleh belajar dari Kat Cole?

Ditulis oleh Wahi Abd Rashid
FB Page Wahi Abd Rashid
Founder Green Matrix
Your Travel Solution

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *