GOGREENMATRIX | SEKELUARGA PERGI VACATION NAK BERGEMBIRA, BUKAN NAK TAMBAH STRESS

Hari ini, Mr Lee sekeluarga sangat gembira. Beliau, isteri, Evelyn dan tiga orang anak perempuan mereka iaitu Ellie 11, Emily 9 dan Eva 7 tahun akan bercuti di satu tempat yang sangat popular di Malaysia. Mereka berasal dari Singapura. Segala perancangan dan senarai semak dah dibuat 2 bulan awal lagi kerana isteri Mr Lee, Evelyn adalah sangat teliti orangnya. Evelyn mengimpikan percutian kali ini adalah percutian yang paling menggembirakan bagi mereka sekeluarga. Hotel sudah ditempah awal. Kereta sewa pun sudah sebulan lebih awal kerana bimbang minggu tersebut adalah minggu perayaan. Dan macam-macam lagi yang sudah ditempah.

Ketika sampai di lokasi tersebut, terlebih dahulu Mr Lee nak mendapatkan kereta sewa seperti yang tertera di baucar tempahan. Alangkah kecewanya Mr Lee, pihak yang menguruskan kereta sewa yang telah ditempah tidak mahu menyediakan kereta seperti di dalam baucar. Entah di mana silapnya komunikasi antara mereka sebelum itu, pihak tersebut meminta deposit secara kad kredit sebanyak RM1000 dan jika nak kereta sewa tersebut. Bayaran sewaan selama 4 hari pun perlu dibayar menggunakan kad kredit. Selain kad kredit tidak diterima. Malangnya, Mr Lee tidak mempunyai kad kredit. Walau bagaimanapun Mr Lee dah menyediakan duit tunai ataupun kad debit sahaja. Beliau sanggup membayar deposit dan semua bayaran menggunakan tunai. Tapi tetap tidak diterima. Mr Lee dan Evelyn sangat kecewa. Evelyn dan anak-anak sudah kepenatan menunggu.

Mr Lee cuba mencari jalan lain. Beliau cuba mencari pengusaha kereta sewa yang lain tapi malangnya semua kenderaan telah habis sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

Apakah kesudahan cerita Mr Lee sekeluarga? Percutian yang sepatutnya gembira, tapi bertukar jadi stress

Di GoGreenMatrix, kami tak akan biarkan pelanggan stress. Kami ada pertimbangan dan fleksibel menerima bayaran dalam pelbagai channel sama ada tunai atau kad kredit. Kami pastikan pelanggan mendapatkan apa yang telah ditempah

Kepakaran kami adalah membantu pelanggan menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang dijamin tip top, bersih dan selamat agar dapat sampai ke destinasi dengan hati yang gembira.

Tempah awal di www.gogreenmatrix.com supaya percutian anda semua berjalan lancar dan gembira.

Raya dah dekat. Jangan biarkan tragedi Mr Lee berulang lagi

PS: Cerita berlaku di depan mata dan diceritakan semula. Bukan nama sebenar untuk menjaga privacy. Cuma sayang Green Matrix tak dapat tolong sebab kereta semua fully booked pada musim perayaan ketika itu. Walau apapun Green Matrix tetap tolong kenalkan beliau dengan pengusaha yang masih ada kereta available.

Boleh layan video GoGreenMatrix. Terima kasih

www.gogreenmatrix.com

#GoGreenMatrix 
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

GREEN MATRIX STORY

Salam hari ni nak share sikit story tentang Green Matrix. Green Matrix ni adalah one stop car rental booking platform di Malaysia dan Brunei. Green Matrix ni diasaskan oleh Wahi Abd Rashid dan isterinya Nurshirley Kamilia Abdullah sejak tahun 2006 di Bintulu, Sarawak.

Kenapa nama Green dan Matrix? #Green dipilih sebab kedua pengasasnya berasal dalam bidang alam sekitar dan perhutanan. Jadi mereka sangat sukakan kehijauan, #Matrix pula disebabkan mereka suka filem The Matrix di mana ia mengisahkan perjuangan untuk mewujudkan suasana yang lebih baik.

Asalnya mereka mulakan Green Matrix untuk ubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik di samping membantu pelajar-pelajar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu tempat mereka bekerja mendapatkan perkhidmatan kereta sewa dengan lebih mudah.

Alhamdulillah perniagaan mereka mendapat sambutan dan mula berkembang di Bintulu. Pada tahun 2007 mereka mula menyewakan kereta kepada orang awam di Bintulu. Pada tahun 2008 mereka mula menyewakan kereta kepada syarikat korporat. Pada tahun 2010 mereka sudah mempunyai 70 buah kereta di Bintulu sahaja.

Sewaan kepada orang awam memang menyeronokkan kerana margin keuntungan lebih tinggi, cuma risikonya juga tinggi. Mereka pernah kehilangan 8 buah kereta samada dicuri pelanggan dan juga kemalangan (2008 – 2012). Jumlah kerugian lebih RM500K.

Bermula dari situ mereka mula mengkaji bagaimana nak mengelakkan masalah sama berulang kembali. Alhamdulillah mereka berjaya membina sistem tempahan kereta sewa di mana ia banyak menyelamatkan perniagaan mereka.

Melalui sistem berkenaan, mereka dapat mengenal pasti kategori pelanggan yang ingin menyewa kereta dengan lebih tepat. Apabila mereka betul-betul kenal pelanggan, jadi masalah tu dapat dikurangkan. Sejak daripada itu tiada lagi masalah kereta kena curi, pelanggan lari dan sebagainya.

Pada asalnya sistem berkenaan hanya untuk kegunaan dalaman syarikat sahaja termasuk licensee Green Matrix. Sistem berkenaan dilihat banyak membantu licensee Green Matrix memudahkan proses tempahan kereta sewa dan mengenal pasti pelanggan yang berkualiti.

Apabila licensee Green Matrix semakin ramai, Green Matrix mula mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan agensi pelancongan dari dalam dan luar negara. Setakat ini Green Matrix tersenarai sebagai syarikat kereta sewa di dalam laman web #AirAsia #Expedia dan #Airportrentals. Hasilnya kerjasama berkenaan tempahan kereta sewa terus meningkat.

Secara ringkasnya Green Matrix membantu pengusaha kereta sewa kecil-kecilan bergabung di bawah jenama Green Matrix di mana syarikat menetapkan piawai kualiti perkhidmatan yang sepatutnya pelanggan dapat. Contohnya kereta mestilah bersih dan selamat untuk disewakan.

Pelanggan pula tidak perlu risau apabila membuat tempahan dengan Green Matrix kerana kami menjamin mereka akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti. Hasilnya pelanggan gembira dan licensee Green Matrix dapat meningkatkan pendapatan mereka berbanding mereka bergerak sendiri.

Matlamat Green Matrix adalah untuk membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang dijamin berkualiti dan membantu pengusaha kereta sewa meningkatkan pendapatan mereka melalui penggunaan satu jenama Green Matrix yang sudah dipercayai.

Insya Allah Green Matrix berhasrat menjadi rangkaian kereta sewa terbesar di dunia. Bagaimana kami membantu adalah dengan menyediakan sistem dan latihan kepada pengusaha kereta sewa yang bergabung dengan kami.

Kalau ada yang berminat nak tahu bagaimana nak join
Green Matrix boleh klik sini ==> bit.ly/kbksofbgroup

#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#24SevenOnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#CarRental

Perlukan kereta? GoGreenMatrix.com adalah ONE STOP SOLUTION 24/7 ONLINE BOOKING PLATFORM untuk kereta sewa di seluruh Malaysia & Brunei.

GOGREENMATRIX
FOUNDER OF GREEN MATRIX