GOGREENMATRIX | TOLAK VAN TAK ADA MINYAK SEJAUH 2KM

“Jem kreng gini”, kata En Ahmad (Bukan nama sebenar) sambil menolak bontot van tersebut sekuat tenaga yang mungkin

En Ahmad berhenti seketika sambil mengelap peluh jantan yang menitis di dahinya dengan lengan sadonya. Adiknya Aiman, 19 tahun yang agak kurus keding itu masih sama-sama berusaha menolak van yang telah mati tengah jalan tadi kerana kehabisan minyak.

Sekali sekala dahi En Ahmad berkerut. Kerisauannya tertumpu pada ibu dan ayah yang sudah dimamah usia dan tak mampu berjalan jauh yang ditinggalkan sementara di tempat van tetiba berhenti tadi kerana kehabisan minyak. Teringat muka isteri yang membawa baby Adam yang baru berusia 5 bulan dan anak-anak mereka Adif 5 tahun dan Mia 3 tahun menunggu bersama-sama ibu dan ayah di bawah matahari terik. “Uhh..bala apakah ini”, bisiknya dalam hati. “Datang sini nak gembira bawa ibu dan ayah, anak bini, bukan nak tolak van tak ada minyak ni. Owner pula tak angkat call. Time-time ni tak ada pula kereta ke teksi ke nak lalu lalang minta tolong. Nasib siang hari, terkena malam macam mana?

En Ahmad first time datang ke tempat percutian ini. Beliau tidak biasa di manakah stesen minyak terdekat. Dia telah menyewa sebuah van untuk membawa ibu dan ayah, anak bini dan adik-adik berjalan-jalan. Ketika van tersebut dihantar kepada beliau, van tersebut pula tiada minyak disediakan oleh pengusaha yang dia berurusan. Masa start enjin je, lampu minyak dah kelip-kelip merah minta nyawa.

Apakah kesudahan cerita En Ahmad dan keluarga? Kalau berlaku pada anda, apakah yang anda akan buat?

Di GoGreenMatrix, polisi kami adalah “Full to Full Fuel”. Kami isi minyak penuh agar tidak menyusahkan pelanggan yang tidak biasa di sesuatu tempat yang baru dan terkial-kial mencari stesen minyak terdekat. Kami nak anda gembira. Kami tak nak anda sengsara. Kami yakin dan percaya pelanggan akan pulangkan dalam keadaan minyak penuh juga. GoGreenMatrix mudahkan pelanggan, pelanggan pasti akan mudahkan Team GoGreenMatrix.

Kepakaran kami adalah membantu pelanggan menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang dijamin tip top, bersih dan selamat agar dapat sampai ke destinasi dengan hati yang gembira.

Tempah awal di www.gogreenmatrix.com supaya percutian anda semua berjalan lancar dan gembira. Terima kasih

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix

#GoGreenMatrix 
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices