GOGREENMATRIX | SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN YANG MULIA

GOGREENMATRIX

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Selamat Menyambut Ramadan kepada tuan/puan dan keluarga yang beragama Islam. Green Matrix harap Ramadan kali ini diberkati dan dirahmati dengan pahala yang berganda-ganda dan kita semua berlumba-lumba melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini.

Green Matrix juga mendoakan agar Ramadan kali ini memberi inspirasi kepada tuan/puan dengan semangat dan momentum yang tinggi untuk terus menghadapi setiap cabaran dalam kehidupan dan juga bisnes.

Bagi membantu tuan/puan menjadualkan dan menyeimbangkan aktiviti harian dan juga amal ibadat tuan/puan, berikut adalah Pelan Ramadan yang boleh dimuat turun secara percuma dari Islamic Relief Canada.

Kepada semua yang bukan beragama Islam, Green Matrix mendoakan semoga kehidupan harian dan bisnes tuan/puan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Sekian.

Terima Kasih.

Salam Sejahtera,
GreenQ Green Matrix


Nak sewa kereta seluruh Malaysia dan Brunei? www.GoGreenMatrix.com