#LASTIMKK #THISISTHEEND – DAH PANDAI SANGAT KE BERHENTI BELAJAR?

Alhamdulillah dapat hadir program 3 hari IMKK di IDCC Shah Alam pada 2 – 4 Nov 2018. Ini IMKK ke 4 yang saya hadiri yang juga #LASTIMKK. Pertama kali hadir pada tahun 2014. Masa tu saya beli tiket paling murah RM199 dan duduk nun jauh di belakang. Terima kasih Muhammad Isa Abu Yusry sebab jual tiket murah tu.

Lepas habis kelas saya terus amalkan ilmu yang saya pelajari. Saya mohon maaf dengan semua orang yang saya pernah buat salah. Kalau ada sesiapa yang pernah buat salah dengan saya pun saya maafkan. Setiap hari saya sentiasa bersyukur dan mendoakan arwah ibu bapa saya di masukkan ke syurga.

Saya cuba gunakan ilmu dalam bisnes kereta sewa untuk menambah nilai hidup setiap orang. Apa yang saya paling suka bila dapat melihat “Saya” dalam diri setiap orang yang menyertai syarikat saya berubah hidupnya. Daripada susah menjadi senang. Daripada tiada masa, kini dah ada banyak masa. Daripada tiada pilihan, kini ada banyak pilihan.

Saya terus belajar dan belajar, lepas IMKK masuk Platinum kemudian Titanium supaya saya boleh mengajar lebih ramai orang lagi. Alhamdulillah hasil ilmu yang saya pelajar Green Matrix grow dengan sangat pantas. Daripada beroperasi hanya di Bintulu, kini dan berkembang ke seluruh Malaysia seterusnya melebar sayap ke Brunei, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Syukur sangat-sangat. Paling seronok masa IMKK ramai peserta datang minta selfie. Macam selebriti pula, saya ni bukan artis. Tapi saya perasan semua berterima kasih sebab video saya di youtube. Ini adalah ilmu yang saya pelajari pada tahun 2012. Bagaimana nak jadi jutawan industri.

Sebenarnya Green Matrix di guide mentor saya Dr Azizan Osman sejak 2012 lagi. Bermula dengan kelas RM50 kemudian saya upgrade perlahan-lahan. Moralnya kat sini, kalau anda tak ada duit, boleh belajar melalui video-video percuma, cuba apply, ada duit sikit baru pergi kelas berbayar. Ada duit lebih boleh pergi kelas yang mahal, setiap peringkat cabarannya tak sama. Apa yang pasti mesti kena terus belajar.

Dalam IMKK kali ni saya dah tulis salah satu impian saya adalah dapat bimbing 1,000 orang untuk menjadi jutawan. Doakan impian saya ni amin.

 

Coretan FB Wahi Abd Rashid
Founder Green Matrix