#LASTIMKK #THISISTHEEND – DAH PANDAI SANGAT KE BERHENTI BELAJAR?

Alhamdulillah dapat hadir program 3 hari IMKK di IDCC Shah Alam pada 2 – 4 Nov 2018. Ini IMKK ke 4 yang saya hadiri yang juga #LASTIMKK. Pertama kali hadir pada tahun 2014. Masa tu saya beli tiket paling murah RM199 dan duduk nun jauh di belakang. Terima kasih Muhammad Isa Abu Yusry sebab jual tiket murah tu.

Lepas habis kelas saya terus amalkan ilmu yang saya pelajari. Saya mohon maaf dengan semua orang yang saya pernah buat salah. Kalau ada sesiapa yang pernah buat salah dengan saya pun saya maafkan. Setiap hari saya sentiasa bersyukur dan mendoakan arwah ibu bapa saya di masukkan ke syurga.

Saya cuba gunakan ilmu dalam bisnes kereta sewa untuk menambah nilai hidup setiap orang. Apa yang saya paling suka bila dapat melihat “Saya” dalam diri setiap orang yang menyertai syarikat saya berubah hidupnya. Daripada susah menjadi senang. Daripada tiada masa, kini dah ada banyak masa. Daripada tiada pilihan, kini ada banyak pilihan.

Saya terus belajar dan belajar, lepas IMKK masuk Platinum kemudian Titanium supaya saya boleh mengajar lebih ramai orang lagi. Alhamdulillah hasil ilmu yang saya pelajar Green Matrix grow dengan sangat pantas. Daripada beroperasi hanya di Bintulu, kini dan berkembang ke seluruh Malaysia seterusnya melebar sayap ke Brunei, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Syukur sangat-sangat. Paling seronok masa IMKK ramai peserta datang minta selfie. Macam selebriti pula, saya ni bukan artis. Tapi saya perasan semua berterima kasih sebab video saya di youtube. Ini adalah ilmu yang saya pelajari pada tahun 2012. Bagaimana nak jadi jutawan industri.

Sebenarnya Green Matrix di guide mentor saya Dr Azizan Osman sejak 2012 lagi. Bermula dengan kelas RM50 kemudian saya upgrade perlahan-lahan. Moralnya kat sini, kalau anda tak ada duit, boleh belajar melalui video-video percuma, cuba apply, ada duit sikit baru pergi kelas berbayar. Ada duit lebih boleh pergi kelas yang mahal, setiap peringkat cabarannya tak sama. Apa yang pasti mesti kena terus belajar.

Dalam IMKK kali ni saya dah tulis salah satu impian saya adalah dapat bimbing 1,000 orang untuk menjadi jutawan. Doakan impian saya ni amin.

 

Coretan FB Wahi Abd Rashid
Founder Green Matrix

 

 

THROWBACK: DULU ABAM DRIVER LORI, SEKARANG… – DAR KARIM

   

Tip tup tip tup
Alhamdulillah suda setahun jd majikan pada diri sdiri, isteri dan skrg dpt bagi peluang pkerjaan pd org dan scara tak langsung dpt bantu org lain.

D mna sya bmula dulu dgn 1buah kancil pd awal tahun 2016
Dan brapa bulan kemudian tambah sebuah viva dan sebuah alza.
Hujung tahun 2016 Join GREEN MATRIX
dan Buat Part Time Sambil Bkerja Driver lori
Lepas join GREEN MATRIX
Kereta terus bertambah
Sampai la 1tahap tak cukup tangan buat parttime dan ambl keputusan berhenti kerja pd 13 nov 2017.

Terima kasih pd yg bagi sokongon dan bantuan
Especialy tuan Wahi Abd Rashid dan puan Nurshirley Kamilia Abdullah yg sgt2 membantu

Kejayaan itu bukan mudah untuk di capai
Perlu ambl masa
Ada kalanya jatuh dan perlu bangun semula
Itu orang bilang adalah proses
Apa yg penting kita di landasan yg betul untuk capai apa yg ingin di capai
Insyaallah

#GreenMatrix
#YourTravelSolution
#GreenMatrixYourTravelSpace
#TravelInnovator
#TouristWithFamily
#DontSpoilYourHoliday
#QuickEasySecure
#SaveTime
#TipTopService
#BookingLessThan5Mins
#NationWideSupport
#Full2FullFuel
#UCanTrustUs
#PeaceOfMind
#HassleFree
#Aim4ZeroComplain
#WeConnectHappiness
#Convenience
#YourSmartChoice
#YourOnlineCompanion
#WeRunOurBusinessWithSoul

Coretan FB
Dar Karim Licensee Green Matrix Sabah

 

SAYA BOLEH SAJA NAK BAGI ALASAN – MUHAMMAD BAKHIT ZAINAL

 

Masa #lastimkk tempoh hari, saya boleh saja pilih untuk bagi alasan dan tidak hadir ke IMKK. Antara alasan yg sy boleh beri pada masa itu.

Isteri saya baru saja lepas pantang, anak tak sampai 2 bulan lagi dan masih menyusu badan, saya ada perniagaan yg perlu ditinggalkan sementara, Saya jauh di Perlis untuk ke lokasi IMKK, Saya tak berapa ada duit masa tu nak bergerak, saya malas nak travel jauh2 bawak beg besar bawak isteri bawak anak kecil dan macam-macam alasan lagi yg boleh sy berikan😭



Tapi syukur Alhamdulillah, saya & isteri memang dah nekad nak ubah hidup kami pada tahun 2019 secara total. Kami hadap apa saja cabaran yg datang, kami bulatkan hati, kami kuatkan semangat, kami nak fight habis-habisan💪 Saya taknak anak saya rasa hidup susah merempat macam saya dulu, saya taknak tengok keluarga kami hidup susah, kami nak bantu lebih ramai orang, kami nak betul-betul nakkkkkkkk apa yg kami nak!!!💪

 

Jadi kami tinggalkan perniagaan Kereta sewa kami sementara, kami bawak anak kecil kami naik bas,naik Train,naik Grab,sewa kereta,tumpang kereta orang,tumpang rumah orang dan kami remmmpuuuhhh apa saja! dan bersyukur sangat-sangat kami sampai ke #lastimkk dan berpeluang belajar dan betulkan diri kami dengan bimbingan Dr. Azizan Osman, Hj. Jerry dan semua sahabat-sahabat. Dapat ambil semangat dari Sahabat-sahabat Team #GreenMatrix dan Mentor kereta sewa kami Tuan Wahi Abd Rashid dan Puan Nurshirley Kamilia Abdullah..

Saya fokus bebetul masa #lastIMKK tu, Saya minta maaf pada Mak dan isteri saya, saya SWITCH sampai hilang suara saya sebab saya bagi ALL OUT! di #lastimkk tu, sebab saya memang nakkkkkkk ubah hidup sayaaaa! saya rasai perubahan diri dan energy sy semakin tinggi💪 saya semakin jelas dan sharp💪

Lepas habis je #lastimkk , saya tahu saya wajib hadir ke MMM Disember 2018, saya nak pergi SUPER SUPREME, saya bincang dengan isteri saya, mana kami nak cari 11k ??? kami takda duit 11k masa tu, tapi kami nekad kami nakkkkkk jugakkkkk.. kami nakkkk ubahhh hidupppp! Kami sign je borang tu dan bayar je dulu booking yg kami ada time tu.. lain kami serah pada Allah.. kami yakin Doc cakap sesungguhnya Allah bersama sangkaan hambanya.. kami yakin Allah akan hantar kami Super Supreme ke MMM💪

 

Dan syukur Alhamdulillah hari ini kami berjaya bayar full 11k untuk tiket Super Supreme ke MMM dan sekarang tunggu untuk dapat masuk dalam group MMM malam ni Doc ada Live Pre-View 💪💪💪

Siapa yg bagi?😭😭😭 Allah yg bagi😭😭😭 tiket kami ni freeeeeeeeeeee😭😭😭 Allah yg bagi😭😭😭Allah bagi SUPER SUPREME..

benar kata Doc, kita buat je tindakan, yg lain tu serah pada Allah s.w.t .. syukur Ya Allah..

Saya harap cerita saya ni dapat bagi inpirasi pada semua! Keep Fighting! jangan pernah mengalah💪 jika saya boleh.. semua orang boleh💪

Doakan saya sekeluarga ya, dan saya doakan anda semua yg baca tulisan ini KAYA dan BERJAYA!!!

jumpa di MMM ya 💪

 

Coretan
Muhammad Bakhit Zainal
Balkes Jamil
Licensee Green Matrix
My Campus Car Rental MCCR UITM Perlis

PS: Jangan lupa Like & Follow FB Page Green Matrix untuk promotion & offer. Terima Kasih

 

PERLUKAH JADI FOUNDER BARU AKAN KAYA?

KISAH KAT COLE

Kat Cole dilahirkan pada 18 Mac 1978 di Florida, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pada usianya 9 tahun, ibunya telah bercerai dengan bapanya yang ada masalah ketagihan alkohol.

Selepas ibunya bercerai mereka hilang mata pencarian. Ibunya terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka 4 beranak. Bagi meringankan beban ibunya, beliau terpaksa bekerja sebagai tukang cuci dan jurujual pakaian di pasaraya selepas habis kelas.

Ketika beliau berumur 17 tahun beliau mula bekerja dengan sebuah restoran bernama Hooters. Beliau cuba belajar sebanyak mungkin bagaimana menguruskan sebuah restoran. Pada usianya 19 tahun beliau sudah boleh menguruskan sebuah restoran. Pemilik Hooters nampak potensinya dan memberi kepercayaan kepadanya untuk membantu Hooters mengembangkan perniagaan ke luar negara.

Hasil usahanya beliau telah membantu Hooters berkembang dari 100 restoran dengan pendapatan USD300 juta ke 500 restoran dengan pendapatan USD1 billion ke 33 buah negara. Pada usianya 26 tahun, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden untuk syarikat Hooters.

Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai Presiden untuk jenama Cinnabon. Dalam masa 3 tahun beliau telah membantu Cinnabon menjana pendapatan lebih USD 1 billion setahun. Pada tahun 2015 beliau dilantik menjadi Presiden Kumpulan Focus Brand yang juga memiliki jenama Cinnabon, Moe’s dan Auntie Anne’s.

Pada usianya 40 tahun beliau dilaporkan mempunyai kekayaan lebih USD100 juta. Kini beliau banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikan. Moralnya di sini bila korang dah pandai dalam satu-satu company, tak semestinya korang pergi buat company sama.

Agak-agak kalau Kat Cole ni buka restoran masa dia rasa dah pandai urus restoran, apa jadi pada dia masa ni? Saya tengok licensee Green Matrix yang rasa dah pandai buat bisnes kereta sewa dan buat brand sendiri majoriti dah jadi MOST WANTED. Mereka jadi macam tu sebab bila ada masalah, mereka lepas tangan dan melarikan diri. Buat bisnes sebenarnya bukan mengejar keuntungan semata-mata. Fokus membantu memudahkan hidup orang lain, baru berniaga berkat.

Apa yang kita boleh belajar dari Kat Cole?

Ditulis oleh Wahi Abd Rashid
FB Page Wahi Abd Rashid
Founder Green Matrix
Your Travel Solution