GOGREENMATRIX | TEMPAH AWAL UNTUK RAYA

Jangan menangis bucu katil kalau tak boleh balik raya sebab kereta dah habis hehehe…

Kepada pelanggan-pelanggan kami yang ingin pulang berhari raya dan perlukan servis kereta sewa pastikan buat tempahan awal ya. Tempah melalui link di bawah.

www.gogreenmatrix.com
www.gogreenmatrix.com
www.gogreenmatrix.com

Kami ada di seluruh Malaysia. Tempahan pada hari raya mesti 5 hari ke atas. Masukkan kod kupon DISCOUNTMYR10 untuk diskaun duit raya RM10. Harga bermula dari RM107 hingga RM997 ikut model kereta. Tempah awal ya.


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices


Lawati dan Likes FB Green Matrix

GOGREENMATRIX | I’M SORRY SIR..I SPEAK NO ENGELISH

PS: Don’t try to correct the spelling 😋

Elena (bukan nama sebenar) duduk termenung seketika menghadap laptop di meja kerjanya. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekali lagi matanya tertumpu pada email Contact Us yang baru diterima. Email dari Mat Saleh you you.

“I need one child car seat and one baby car seat during our rental” Tulis Mr Jansen (bukan nama sebenar) dari Netherlands

“Aish..ni aku lemah ni. Bahasa Inggeris aku ni dahlah ‘tahap gaban’, takut tak faham nanti Mr Jansen apa aku jawab”, bisik Elena sambil mengekek-ngekek kecil.

“Tapi..apa beza child car seat dengan baby car seat? Tak sama eh? Nak tanya bos ke tak? Tak pe tak pe..aku check dulu kat storage ada ke tak?”

Seketika kemudian…
“Yeay, ada child car seat dan baby car seat. Aku jawab je lah YES, OK, ONZZZ”

Di GoGreenMatrix, kami ada menyediakan perkhidmatan sewaan Car Seat untuk budak-budak dan juga bayi. Tak perlu angkut berat-berat naik kapal terbang.

“We care about your kids’ safety”

Tempah kereta anda dan keperluan anak-anak anda awal di www.gogreenmatrix.com

PS: Elena (Bukan nama sebenar) adalah salah seorang Team Green Matrix

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

GOGREENMATRIX | SETIAKU HANYA UNTUKMU…

HAPPY CLIENTS

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Lagu Kumpulan Feminin sedang berkumandang di radio. Aku turut menyanyi sekuat hati menyumbangkan suara yang tak kurang sumbangnya itu. Sambil tersenyum simpul. Aku bersenandung lagi. Kedua-dua belah jariku mengetuk-ngetuk stereng sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Hari ini aku sangat berpuas hati. Pagi tadi aku mendapat panggilan dari Mr Dave (bukan nama sebenar). Mr Dave adalah pelanggan yang pernah menyewa beberapa kali dulu. Tapi dah agak sekian lama beliau tak sewa sehinggalah hari ini. Terkejut beruk juga bila Mr Dave call nak sewa kereta. Ingatkan dah merajuk.

Bila buat penghantaran tengahari tadi, Mr Dave berkata, “Saya hanya nak sewa dengan you saja tau. Tak mahu sewa dengan orang lain. Kereta you bersih. Mak saya suka”. Aku tersenyum. Lain macam je bunyi ayat Mr Dave ini. Macam ada terkena isu tak berpuas hati je dengan syarikat lain.

Di GoGreenMatrix, kami menjamin kereta yang disediakan berada di dalam keadaan yang tip top, bersih dan selamat. Keselesaan anda dan keluarga adalah keutamaan Green Matrix.

Tempah kereta anda awal di www.gogreenmatrix.com

PS: Aku adalah bukan aku. Aku adalah salah seorang Team Licensee Green Matrix

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix

#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

GOGREENMATRIX | CANGGIH NI BEB TAPI….

GOGREENMATRIX

“Aduh! aku dah terlewat ni. Harap-harap jalan tak jem”, bisik Cik Su (bukan nama sebenar) sambil berlari-lari anak ke tempat letak kereta. Pagi ini ada temujanji dengan client. Semalam Cik Su dah buat tempahan kereta sewa di satu apps yang sangat canggih. First impressionnya sangat WOW. Perkhidmatan layan diri

Sampai sahaja di tempat untuk mengambil kereta seperti yang tertera pada notification, Cik Su check sekali lagi. “Tempat ni dah betul dah. Tapi mana kereta?” kata Cik Su sambil menjengah ke sebelah hadapan. “Sejam lagi ada appointment. Malulah dengan client kalau lewat” Cik Su mengetap bibir

Cik Su cuba call Khidmat Pelanggan. Cik Su rasa nak menyumpah-nyumpah bila diberitahu kereta yang ditempah, penyewa terdahulu sambung sewa lagi. Cik Su turut dimaklumkan kalau masih nak kereta, beliau kena pergi ke satu lokasi yang lain untuk mengambil kereta lain sebagai ganti. Mahu tidak mahu, Cik Su terpaksa mencari alternatif lain untuk cepat sampai ke tempat temujanji dengan client agar tidak merosakkan reputasi syarikat.

Siapa pernah mengalami situasi seperti Cik Su?

Di GoGreenMatrix, Team Green Matrix menunggu pelanggan yang telah membuat tempahan lebih awal. Kami berusaha pastikan pelanggan mendapatkan kenderaan yang telah ditempah. Kalau tak nak susah-susah, Team Green Matrix boleh saja menghantar kereta terus ke depan pintu rumah anda. Senang bukan?

Tempah kereta anda awal di www.gogreenmatrix.com

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

GOGREENMATRIX | NAK BAGI ORANG MATI KATAK KE?

GOGREENMATRIX

Throwback beberapa tahun yang lalu..

Tuan Abdullah (Bukan nama sebenar) dah bertahun-tahun merantau demi kerjaya. Tak lama lagi beliau sekeluarga akan pulang ke kampung halaman sempena hari raya Aildilfitri. Dah bertahun beliau bekerja di Qatar, baru tahun ini berkesempatan pulang ke kampung halaman.

Tuan Abdullah terlupa bahawa di Malaysia sudah tidak mempunyai kenderaan peribadi lagi setelah dijual sebelum berhijrah ke Qatar. 3 hari sebelum sampai ke Malaysia baru beliau tersedar. Beliau cuba mencari kereta sewa di persekitaran negeri kelahiran beliau. Semua kereta sudah habis licin ditempah lebih awal katanya. Beliau juga membuat tempahan dengan Green Matrix tetapi malangnya Green Matrix juga sudah fully booked.

Atas belas kasihan, Green Matrix cuba usahakan cari kereta untuk membantu Tuan Abdullah mendapatkan kenderaan untuk kegunaan di hari raya melawat sanak saudara. Akhirnya terdapat satu yang memenuhi spesifikasi Tuan Abdullah sekeluarga, tetapi kereta tersebut milik supplier luar bukan Green Matrix. Oleh kerana perbezaan standard polisi, supplier luar tersebut meminta Green Matrix membayar full terlebih dahulu sebelum kereta dihantar kepada pelanggan. Maka pembayaran pun dibuat.

Alangkah mengecewakan, bila kereta diterima dari supplier, Team Green Matrix mendapati kereta tersebut telah tamat tempoh insuran dan roadtax. Gila ke apa? Kalau apa-apa terjadi kepada pelanggan, tidakkah ada rasa bersalah? Atas rasa tanggungjawab, Team Green Matrix mengambil inisiatif untuk mencari kereta yang lain dengan secepat mungkin. Walaupun Green Matrix kerugian telah membayar dua kenderaan kepada supplier yang berbeza untuk satu tempahan, Green Matrix tidak akan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Betapa pentingnya kejujuran dalam bisnes. Buat supplier tersebut, itulah pertama dan terakhir untuk kita berurusan.

Di GoGreenMatrix, kami menjamin kereta yang disediakan berada di dalam keadaan yang tip top, bersih dan selamat. Keutamaan anda adalah keutamaan kami.

Tempah awal di www.gogreenmatrix.com. Bantu kami untuk bantu anda menyediakan keperluan anda lebih awal supaya semuanya berjalan lancar.

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix

#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

Buat tempahan di www.gogreenmatrix.com

GoGreenMatrix | Nak Kereta Sewa? GoGreenMatrix

GoGreenMatrix | Nak Kereta Sewa? GoGreenMatrix

Adakah anda menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa? Jangan bimbang kami ada solusinya. Kini anda boleh buat tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia melalui laman web di bawah.

==> gogreenmatrix.com
==> gogreenmatrix.com
==> gogreenmatrix.com

Terdapat lebih 1,000 unit kereta pelbagai model yang anda boleh pilih melalui laman web berkenaan. Anda tak perlu bimbang kerana kereta-kereta yang kami bekalkan dijamin 100%.

  • Tip top
  • Bersih
  • Selamat

Anda boleh lihat review pelanggan terhadap perkhidmatan kami.

Trustpilot Review

==> http://bit.ly/greenmatrixreview
==> http://bit.ly/greenmatrixreview
==> http://bit.ly/greenmatrixreview

Video Testimonial

==> gogreenmatrix.com/?p=testimonial
==> gogreenmatrix.com/?p=testimonial
==> gogreenmatrix.com/?p=testimonial

Tak perlu pening kepala nak tempah dekat tempat lain, tempah saja melalui laman web di bawah. Kami satu-satunya syarikat yang boleh terima tempahan di seluruh Malaysia. Harga dijamin berpatutan dan paling penting servis kami dijamin 100% puas hati.

==> gogreenmatrix.com
==> gogreenmatrix.com
==> gogreenmatrix.com

Pastikan buat tempahan awal ya. Tempahan last minute bergantung kepada stok kereta yang ada. Komen “NAK DISKAUN” untuk dapatkan kod diskaun bernilai RM10 untuk setiap tempahan.

“Nak Kereta Sewa = GoGreenMatrix


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

JANA INCOME RM1,800 SEBULAN DENGAN SEBUAH AXIA 1.0 (A)

Salam hormat, kali ini saya nak kongsi kisah salah seorang pengusaha kereta sewa yang berdaftar dengan Green Matrix. Pengusaha ini juga kami panggil Independent Supplier di mana mereka berdaftar dengan Green Matrix dan sedia membekalkan kereta sekiranya ada tempahan melalui sistem Green Matrix.

Pengusaha yang saya maksudkan adalah Tuan Eshamruddin Musa. Dahulu beliau merupakan bekas kakitangan awam. Sebaik berhenti kerja, beliau banyak fokus kepada perniagaan internet. Bagi menambah pendapatan beliau bercadang memulakan bisnes kereta sewa. Masalahnya beliau tiada pengalaman tentang perniagaan berkenaan.

Beliau nampak satu cara untuk belajar tentang bisnes kereta sewa adalah dengan mendaftar sebagai Independent Supplier untuk Green Matrix. Sebaik mendaftar pada 24 Nov 2018, beliau mula belajar melalui video-video tutorial yang disediakan. Pada 5 Disember 2018 beliau telah membeli sebuah kereta model Perodua Axia 1.0 (A).

Dari segi pemasaran, beliau telah mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang beliau tawarkan melalui facebook pages dan blog yang beliau wujudkan khas. Hasilnya beliau mula mendapat tempahan daripada pelanggan. Mengikut rekod berikut merupakan hasil pendapatan beliau sejak Disember 2018 hingga Feb 2019.

  • Disember 2018 RM665.67
  • Januari 2019 RM1,445.00
  • Februari 2019 RM1,845.00

Daripada rekod di atas, pendapatannya semakin meningkat dari masa ke semasa.

Sekarang beliau menghadapi masalah baru pula kerana stok keretanya tidak cukup. Walau bagaimanapun masalah berkenaan selesai kerana terdapat lebih 600 independent supplier yang berdaftar dengan Green Matrix. Jumlah kereta yang dibekalkan oleh independent supplier lebih 1,000 unit pelbagai model.

Apabila beliau mendapat tempahan, dan keretanya tiada, beliau boleh kongsikan tempahan berkenaan dengan independent supplier yang lain. Memandangkan tempahan berkenaan datang dari usaha beliau maka beliau layak mendapat komisen sebanyak 5% yang akan diberikan oleh pemilik kereta.

Beliau lebih suka pelanggannya membuat tempahan melalui sistem Green Matrix kerana kualiti pelanggan lebih baik dan kadar sewa juga lebih tinggi berbanding kalau beliau buat sendiri. Apa yang paling beliau suka adalah dapat berkongsi rezeki dengan rakan-rakan independent supplier lain.

Sekiranya tempahan menggunakan keretanya sendiri tanpa melalui orang tengah, beliau akan mendapat bersih 85% daripada apa yang pelanggan bayar. Sebagai independent supplier beliau boleh memulakan bisnes kereta sewa tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

Latihan dan sistem tempahan disediakan oleh Green Matrix, beliau hanya fokus cari pelanggan dan buat duit sebanyak mungkin. Sangat mudah untuk memulakan bisnes kereta sewa. Sekiranya anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa atau ingin menjadi independent supplier Green Matrix, klik SINI untuk mendaftar.