GOGREENMATRIX | I’M SORRY SIR..I SPEAK NO ENGELISH

PS: Don’t try to correct the spelling 😋

Elena (bukan nama sebenar) duduk termenung seketika menghadap laptop di meja kerjanya. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekali lagi matanya tertumpu pada email Contact Us yang baru diterima. Email dari Mat Saleh you you.

“I need one child car seat and one baby car seat during our rental” Tulis Mr Jansen (bukan nama sebenar) dari Netherlands

“Aish..ni aku lemah ni. Bahasa Inggeris aku ni dahlah ‘tahap gaban’, takut tak faham nanti Mr Jansen apa aku jawab”, bisik Elena sambil mengekek-ngekek kecil.

“Tapi..apa beza child car seat dengan baby car seat? Tak sama eh? Nak tanya bos ke tak? Tak pe tak pe..aku check dulu kat storage ada ke tak?”

Seketika kemudian…
“Yeay, ada child car seat dan baby car seat. Aku jawab je lah YES, OK, ONZZZ”

Di GoGreenMatrix, kami ada menyediakan perkhidmatan sewaan Car Seat untuk budak-budak dan juga bayi. Tak perlu angkut berat-berat naik kapal terbang.

“We care about your kids’ safety”

Tempah kereta anda dan keperluan anak-anak anda awal di www.gogreenmatrix.com

PS: Elena (Bukan nama sebenar) adalah salah seorang Team Green Matrix

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

GOGREENMATRIX | SETIAKU HANYA UNTUKMU…

HAPPY CLIENTS

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Lagu Kumpulan Feminin sedang berkumandang di radio. Aku turut menyanyi sekuat hati menyumbangkan suara yang tak kurang sumbangnya itu. Sambil tersenyum simpul. Aku bersenandung lagi. Kedua-dua belah jariku mengetuk-ngetuk stereng sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Hari ini aku sangat berpuas hati. Pagi tadi aku mendapat panggilan dari Mr Dave (bukan nama sebenar). Mr Dave adalah pelanggan yang pernah menyewa beberapa kali dulu. Tapi dah agak sekian lama beliau tak sewa sehinggalah hari ini. Terkejut beruk juga bila Mr Dave call nak sewa kereta. Ingatkan dah merajuk.

Bila buat penghantaran tengahari tadi, Mr Dave berkata, “Saya hanya nak sewa dengan you saja tau. Tak mahu sewa dengan orang lain. Kereta you bersih. Mak saya suka”. Aku tersenyum. Lain macam je bunyi ayat Mr Dave ini. Macam ada terkena isu tak berpuas hati je dengan syarikat lain.

Di GoGreenMatrix, kami menjamin kereta yang disediakan berada di dalam keadaan yang tip top, bersih dan selamat. Keselesaan anda dan keluarga adalah keutamaan Green Matrix.

Tempah kereta anda awal di www.gogreenmatrix.com

PS: Aku adalah bukan aku. Aku adalah salah seorang Team Licensee Green Matrix

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix

#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

GOGREENMATRIX | CANGGIH NI BEB TAPI….

GOGREENMATRIX

“Aduh! aku dah terlewat ni. Harap-harap jalan tak jem”, bisik Cik Su (bukan nama sebenar) sambil berlari-lari anak ke tempat letak kereta. Pagi ini ada temujanji dengan client. Semalam Cik Su dah buat tempahan kereta sewa di satu apps yang sangat canggih. First impressionnya sangat WOW. Perkhidmatan layan diri

Sampai sahaja di tempat untuk mengambil kereta seperti yang tertera pada notification, Cik Su check sekali lagi. “Tempat ni dah betul dah. Tapi mana kereta?” kata Cik Su sambil menjengah ke sebelah hadapan. “Sejam lagi ada appointment. Malulah dengan client kalau lewat” Cik Su mengetap bibir

Cik Su cuba call Khidmat Pelanggan. Cik Su rasa nak menyumpah-nyumpah bila diberitahu kereta yang ditempah, penyewa terdahulu sambung sewa lagi. Cik Su turut dimaklumkan kalau masih nak kereta, beliau kena pergi ke satu lokasi yang lain untuk mengambil kereta lain sebagai ganti. Mahu tidak mahu, Cik Su terpaksa mencari alternatif lain untuk cepat sampai ke tempat temujanji dengan client agar tidak merosakkan reputasi syarikat.

Siapa pernah mengalami situasi seperti Cik Su?

Di GoGreenMatrix, Team Green Matrix menunggu pelanggan yang telah membuat tempahan lebih awal. Kami berusaha pastikan pelanggan mendapatkan kenderaan yang telah ditempah. Kalau tak nak susah-susah, Team Green Matrix boleh saja menghantar kereta terus ke depan pintu rumah anda. Senang bukan?

Tempah kereta anda awal di www.gogreenmatrix.com

Salam Hormat
Nurshirley Kamilia Abdullah
Co-Founder Green Matrix


#GoGreenMatrix
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices