GOGREENMATRIX | SEKELUARGA PERGI VACATION NAK BERGEMBIRA, BUKAN NAK TAMBAH STRESS

Hari ini, Mr Lee sekeluarga sangat gembira. Beliau, isteri, Evelyn dan tiga orang anak perempuan mereka iaitu Ellie 11, Emily 9 dan Eva 7 tahun akan bercuti di satu tempat yang sangat popular di Malaysia. Mereka berasal dari Singapura. Segala perancangan dan senarai semak dah dibuat 2 bulan awal lagi kerana isteri Mr Lee, Evelyn adalah sangat teliti orangnya. Evelyn mengimpikan percutian kali ini adalah percutian yang paling menggembirakan bagi mereka sekeluarga. Hotel sudah ditempah awal. Kereta sewa pun sudah sebulan lebih awal kerana bimbang minggu tersebut adalah minggu perayaan. Dan macam-macam lagi yang sudah ditempah.

Ketika sampai di lokasi tersebut, terlebih dahulu Mr Lee nak mendapatkan kereta sewa seperti yang tertera di baucar tempahan. Alangkah kecewanya Mr Lee, pihak yang menguruskan kereta sewa yang telah ditempah tidak mahu menyediakan kereta seperti di dalam baucar. Entah di mana silapnya komunikasi antara mereka sebelum itu, pihak tersebut meminta deposit secara kad kredit sebanyak RM1000 dan jika nak kereta sewa tersebut. Bayaran sewaan selama 4 hari pun perlu dibayar menggunakan kad kredit. Selain kad kredit tidak diterima. Malangnya, Mr Lee tidak mempunyai kad kredit. Walau bagaimanapun Mr Lee dah menyediakan duit tunai ataupun kad debit sahaja. Beliau sanggup membayar deposit dan semua bayaran menggunakan tunai. Tapi tetap tidak diterima. Mr Lee dan Evelyn sangat kecewa. Evelyn dan anak-anak sudah kepenatan menunggu.

Mr Lee cuba mencari jalan lain. Beliau cuba mencari pengusaha kereta sewa yang lain tapi malangnya semua kenderaan telah habis sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

Apakah kesudahan cerita Mr Lee sekeluarga? Percutian yang sepatutnya gembira, tapi bertukar jadi stress

Di GoGreenMatrix, kami tak akan biarkan pelanggan stress. Kami ada pertimbangan dan fleksibel menerima bayaran dalam pelbagai channel sama ada tunai atau kad kredit. Kami pastikan pelanggan mendapatkan apa yang telah ditempah

Kepakaran kami adalah membantu pelanggan menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang dijamin tip top, bersih dan selamat agar dapat sampai ke destinasi dengan hati yang gembira.

Tempah awal di www.gogreenmatrix.com supaya percutian anda semua berjalan lancar dan gembira.

Raya dah dekat. Jangan biarkan tragedi Mr Lee berulang lagi

PS: Cerita berlaku di depan mata dan diceritakan semula. Bukan nama sebenar untuk menjaga privacy. Cuma sayang Green Matrix tak dapat tolong sebab kereta semua fully booked pada musim perayaan ketika itu. Walau apapun Green Matrix tetap tolong kenalkan beliau dengan pengusaha yang masih ada kereta available.

Boleh layan video GoGreenMatrix. Terima kasih

www.gogreenmatrix.com

#GoGreenMatrix 
#OneStopSolution
#OnlineBookingPlatform
#YourTravelSolution
#LocalCompanyWithWorldClassServices

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *